Lain macam pulak tajuk entry aku kali ni...hahaha...Bukan ape, ade je peristiwa yang tidak disangka berlaku sejak berada di UUM ni...Dulu waktu sekolah bukan jenis aktif pun,aktif pun dalam bidang sukan itupun mewakili sekolah dalam sukan kegemaran aku, tak lain tak bukan sukan badminton..hehehe dan pemain kegemaranku ialah Taufiq Hidayat dari Indonesia..gantang lol...hahaha. Berbalik kepada tajuk entry diatas,hikhik.. Sebenarnya aku ni x minat pun dalam bidang kepimpinan apa lagi memegang apa-apa jawatan dalam persatuan atau kelab, pegang jawatan pun waktu tingkatan 6 jadi setiausaha kelab sejarah..hahah..skema kan aku..Jadinya bila duk u ni just suka join aktiviti je la kalu boleh sebagai peserta pun dh kira aktif la...kumpul sira banyak-banyak..
Bermulanya sewaktu sem 2 tiba-tiba namaku antara salah seorang majlis tertinggi biro kerohanian iaitu sebagai bendahari..terkejut jugak masa tu..ye la takut jugak sebab aku merasa aku ni tiada sifat pemimpin pun, jadi takut untuk menerima sebarang tanggungjawab. Pernah sekali aku diteguri oleh kakak senior kerana tidak berani mengetuai solat berjemaah.Sentap jugak r mase tu sebabnya aku tidak x bersedia dan semuanya berlaku tanpa dirancang..cewahhh..puitis ayat,.namun aku cuba mempelajari sedikit demi sedikit untuk mengetuai sesuatu perkara.memang diakui apabila kita pegang sesuatu jawatan kita rase terbeban sebab kita sedar yang kita ade tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Namun disebalik rasa beban tu terselit pengalaman yang mungkin kita tidak dapat lupakan dan tidak boleh diperolehi pada waktu akan datang.
Al kisahnya, semalam ada perjumpaan dengan pengetua baru, majlis tu bertujuan untuk memperkenalkan JKPS baru, dan pemilihan ketua untuk setiap blok.lepas hbs meeting, kitaorang pun ramai-ramai pergi ke mall beli barang laptop guna baucer..heheh..best..enjoy tanpa ada masalah..3 benda aku beli iaitu hard disk,speaker n earphone.nak dijadikan cerita, kul 12 mlm tadi aku terima kol daripada setiausaha jkps yang menyatakan aku ni dipilih sebagai RA blok d...sedangkan aku duk bilik blok c,banyak jugak la alasan aku bagi aku ni duk blok c, xade kereta dan sebagainya. bila hati xnak jadi mcm-mcm la alasan timbul. Untuk memegang jawatan RA aku rasa berat juga tanggungjawab dan x yakin untuk menggalas tanggungjwb tersebut. mungkin sesetengah orang akan kata yang aku ni jenis tak berani memikul tanggungjawab tp mmg betul pun..sebabnya dalam hatiku selalu berkata "layak kah aku ni"..sedihkan nada aku..pagi tadi ade camp untuk RA dan ketua blok,demi menjaga nama baik BSN dan pengetua aku gagahi jugak pergi taklimat tersebut. dan untuk sesi petang ni aku ponteng..wkakakakakak...bukan sengaja tau tapi sebenarnya aku dah janji nk pergi jitra dengan kawan-kawan...janji kena ditepati..tak ke gitu???(biar malas pun nk gi taklimat tu)
Sekarang ni dalam usaha untuk mencalonkan orang lain untuk menjadi RA blok d...Harap sangat ada calon yang lebih sesuai untuk memegang jawatan ni. Aku ni dah la kecik nak jaga satu blok memang x larat la..hahaha...dan ada satu lagi sebab aku xmau jadi RA, sebabnya kene pindah bilik,penat la,sem lps pun dah banyak kali tukar bilik,kali ni biarla aku duk bilik diam-diam. Tak sanggup nak ajak romate baru i iaitu finah angkat barang dan berpindah bilik jadi aku buat keputusan supaya tidak akan menjadi RA blok d..Semoga RA blok d yang bakal dilantik dapat menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik....
mood : nak enjoy puas-puas utk last sem tanpa sebarang komitmen..please!!!hehehe
Isnin, 25 Februari 2013
Rabu, 13 Februari 2013
syukur alhamdullilah......
Ermmmmm...... Sekejap je rase sebulan berada di rumah..Esok dah nak balik uum dah.. Masuk sem ni dah sem 6 dah..In sha Allah sem ni dah sem last..Amiiinn..Makin lama makin banyak kenangan sepanjang pengajian di uum..Rase sayang nk tinggal bumi sintok yang aman damai,sunyi dan bebas dari sebarang pencemaran...hahaha tetiba la pulak jadi seseorang yang cinta akan alam sekitar..hahaha. Sekali skala apa salahnya.
alhamdulillah result sem 5 pun diketahui. syukur alhamdullilah result terbaik sepanjang pengajian di uum. Kita hanya berusaha selebihnya tawakal setelah berusaha. Itu yang penting kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan jgn sedih jika kita dah berusaha tetapi masih belum dikurniakan rezeki. Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing.Apabila kita memperoleh apa jua gred subjek x kira la A ke B dan seterusnya terima la seadanya kerana apa yang kita peroleh itu yang terbaik untuk kita buat masa ini. Bila sebut je perkataan berusaha tiba-tiba teringat kata-kata lec teori wang...lec cakap macam ni r "kamu sebagai pelajar jalankan tanggungjawab sebagai pelajar sehabis baik jangan selalu fikir perkara yang remeh temeh dan kamu semua adalah harapan mak ayah jadi kamu mesti usaha keras untuk memperoleh kejayaan". Tidak sia-sia lec tidak mengajar kelas terakhir kerana beliau lebih memilih untuk meningkatkan motivasi pelajarnya daripada mengajar tetapi tiada kesedaran untuk memperoleh kejayaan. Semestinya kawan-kawan sekelasku berusaha bersungguh-sungguh untuk semua subjek terutamanya subjek teori wang yang bagi aku subjek yang paling susah berbanding subjek lain. mungkin kerana ramai fail subjek tu untuk sem-sem lepas, jadi agak takut menghadapi subjek tu..syukur akhirnya subjek tu lulus walaupun tidak dapat skor dengan baik...hehehe.
Kita selalu dengar orang cakap bila kita menyampaikan ilmu kepada orang lain walaupun sedikit, ilmu kita tak akan berkurang pun bahkan makin bertambah. sbbnya ilmu ni bukan sejenis makanan di mana apabila kita memberi makanan kat orang lain kita dapat makan sikit dari apa yang sepatutnya tetapi kalau ilmu jika kita manfaatkan ia sebetulnya dan tidak kedekut ilmu, ilmu itu akan makin bertambah tanpa kita sedari. Jika ikhlas menyampaikan ilmu kepada orang yang dikehendaki, Allah akan memudahkan urusan kita sama ada memudahkan kita menjawab soalan atau waktu lec memeriksa kertas kita beliau dalam keadaan yang mood ok ke dan akhirnya tidak kedekut memberi markah extra..
ada kisah di sebalik cerita tersebut. masa aku sem 4 dan seniorku sem 5. seniorku bukan sama kos denganku tetapi ade subjek ekonomi yang perlu diambil sebelum menghabiskan pengajiannya. Oleh itu senior ada la sesekali datang kat bilikku untuk bertanya soalan mengenai subjek tersebut. Sebenarnya agar sukar untuk menjelaskan kpd seseorang tentang subjek yang aku belum ambil lagi, namun aku cuba menjelaskan semampu yang boleh. Berkat usaha gigihnya akhirnya seniorku memperoleh gred yang baik dalam subjek tersebut dan seniorku mengucapkan terima kasih kerana menolong memberi tunjuk ajar tentang subjek tu, tetapi pada masa yang sama aku merasa bahawa aku hanya memberi sedikit je tunjuk ajar dan apa yang dia dapat sebenarnya hasil usaha kerasnya untuk memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan.
sem 5 aku pun ambil subjek tu, nak jadikan cerita, aku merasakan aku mudah memahami subjek tu sedangkan masa yang diperuntukkan untuk study subjek tu amatla sedikit sebagai persediaan menghadapi soalan mid term. Kemudian soalan final exam subjek tu bagi pendapatku agar sukar la namun aku berdoa agar diberikan ketenangan untuk menjawab soalan tersebut. Ada satu peristiwa di mana sewaktu last-last minit sebelum tamat tempoh menjawab aku tidak dapat jawab soalan 10 markah jadinya aku pun buke kalkulator bukan untuk check pengiraan tetapi untuk mengira markah untuk lulus subjek tu..lawak rase..hahaha... aku dah usaha dan seterusnya hanya tawakal kepada Allah. Apa yang mengejutkan aku apabila result sem 5 dikeluarkan subjek tu aku memperoleh A-.. Agak terkejut sbb aku merasakan aku x berhak memperoleh gred tersebut. Namun aku percaya Allah permudahkan urusanku. Terdetik dalam hatiku aku hanya memberi tunjuk ajar yang sedikit kepada orang lain tetapi Allah telah membalasnya dengan memberiku gred yang dikira baik bagiku... syukur alhamdullilah...
==> setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...walaupun sem 5 ni boleh dikatakan macam-macam peristiwa berlaku tetapi percaya la Allah sentiasa menolong hambaNya......

Langgan:
Catatan (Atom)