Selasa, 31 Julai 2012

Tajuk: Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya..

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah
pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia
membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana,
dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: ” Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

“Aku buat beginilah yang jadi begini.”

“Doa aku makbul seh!”

“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.”

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.



#Moga menjadi pengajaran buat kita semua.......

Isnin, 30 Julai 2012

catatan pertama....

Akhirnya aku buat jugak blog.......rancangnya nak buat lepas habis exam..tapi sibuk join program u (orang aktif kan) hehehe...Jadinya (ala2x indon) baru hari ni  buat blog....aku ni bukan jenis suke sangat tulis2x karangan ni..ye la..kat sekolah dulu pun kalau cikgu suruh buat karangan confirm malas la....time exam baru ade idea nak buat karangan..hahahahah...aku mula tahu cara2x nak buat blog ni time aku kene buat asemen untuk subjek STID..dulu pun mase subjek BM PENGURUSAN pun aku kene buat asemen blog jugak tapi oleh kerana asemen group aku hanya ditugaskan cari maklumat untuk dimasukkan sebagai entry..tapi cara nak buat x tau pun..kahkahkah..lawak betul...mmg patut pun xtau,senior yang tolong masukkan maklumat aku tu sebagai entry dalam blog asemen kumpulanku..teruk benar aku ni..tapi bila dah sem 4 ni aku matang skit la,aku cuba buat dan akhirnya aku tau la skit2x nk design,mcm mane nak letak gambar,senang citer tahu jugak la skit2x pasal blog..cume nak sign up blog ni pening skit,sebabnya kawan aku yang tolong set up kan untuk asemen stid baru ni.sebab tu huru hara skit.Lepas ni bolehla aku hias2x blog aku ni..tu la motif utama aku sebenarnya...wakakakakak..bukan ape, comel kot tgk blog ade kartun2x,ada lagu,gambar dan lain-lain lah...minat hadir waktu aku hias2x blog asemen stid,walaupun x dapat markah full tapi aku tetap bersyukur..sekurang-kurangnya ade jugak ilmu aku dalam bidang IT...aku kan buta IT sikit..hahahah..bab2x mcm ni ketinggalan zaman skit.ish.panjang jugak entry aku kali ni..spontan pulak tu..hahahah..xperlu tulis dalam kertas kotor dulu yep (ala-ala macam kita buat peta minda nak buat essay)..xperlu ok..sbt blog..luah je..hahaha...peduli ape org kate.hikhik


ok la chow lu...jumpe lagi next entry..daaaa