Rabu, 23 Oktober 2013

dalam dilema....

Hidup kita selalu je dalam dilema... walaupun muka happy je selalu, x semestinya hidup kita tiada masalah... kuwang2x..Bermadah pulak. Kita straight the point je, baru best. sekarang ni aku betul-betul dalam dilema, sama ada mahu atau tidak. arghhhhh.....takut jugak menyesal di kemudian hari.... sebulan sebelum tamatnya aku berpraktikal, supervisor tempatku suruh la aku hantar resume jika berminat nak kerja luar... bulan 1 jika diterima, dah boleh kerja dah. tp kontrak je la... masalah sekarang bukan nak memilih kerja, tapi aissshhh, memang memenatkan...waaaaaaaaaaaa, aku tahu penat sebabnya aku dah alaminya sepanjang menjalani praktikal, betapa susahnya...Allah sahaja yang tahu.... Baru terlibat untuk daerah kuala terengganu, jika aku apply untuk kerja ni, kene pergi Kemaman, Dungun, Besut, senang cerita seluruh daerah Kuala Terengganu..Patutla supervisorku beriya tanye ada sdara mara ke tidak di seluruh daerah Terengganu..


Mungkin sesetengah orang mesti beranggapan aku ni jenis memilih kerja..tapi takkkkkkkk.... dalam dilema sama ada nk kerja sini or tidak... xpe la, rezeki ade di mana2x... tggl semggu lagi nak hbs praktikal, resume pun aku x buat lagi....dilema punya pasal...... rasenya mungkin tak hntr resume lagi buat masa ni, wakaka

mood: enjoy dulu la dgn family, nnti dah kerja xleh cuti sesuka hati...wakaka.....






Jumaat, 6 September 2013

MUKA BUDAK PRAKTIKAL...HEHE

Bermula la kisahnya semasa jamuan raya aidilfitri wisma darul iman. Tengah-tengah syok makan, tiba-tiba aku perasan, ada seorang pak cik perhati je kat aku...Aku pun pandang dia sambil senyum2x.. Maka bermula la dialog aku dengan pak cik tu:

Pak cik: awak budak praktikal ke?????? atau mmg staff kat sini???

aku; ermmm ( sambil senyum2x) saya budak praktikal..hehe .(dalam hati ku berbunyi, pakcik ni saje je cover sebut staff sedangkan memang terpampang muka aku ni muka budak praktikal).

pakcik: Praktikal kat mana?? unit perancang ekonomi ke???

aku: xla, kat pejabat pembangunan persekutuan jabatan perdana menteri

dalam hati ku berbunyi, mmg niat aku nk cuba pratikal kat upen tp oleh kerana ade kenalan bapa saudaraku kat upen, lalu ku ubah tmpt praktikal ku....bukan ape, kalu boleh praktikal ni nak cuba buat sesuatu tanpa melibatkan orang lain.. praktikal ni kalu boleh nk bebas dari  pakai kabel...kahkah..... jadi rezekiku kat pejabat pembangunan persekutuan...alhamdullilah.

pak cik: ooo, u mane?? kos ape???

aku: uum.... kos ekonomi

pak cik: kenapa x mintak kat swasta, kat kerajaan x sibuk mane kan???

aku: sibuk jugak..hehehe....

itu saje perbualan aku dengan pak cik tu.....




       ni antara tersibuk.. audit nak datang...wakakaka.. ni semasa 
aku menggantikan tugas pembantu perangkaan..



siap jugak akhinya..hahahaha


kebetulan penyelia praktikalku bekas pelajar uum.. sekarang dah jadi penolong pengarah seksyen pembasmian kemiskinan perangkaan. memang bagus la puan Haizan, banyak yang boleh ku pelajari. selalu jugak borak2x, ade sekali tu dia tanya minat x kerja luar?? ade lesen kereta dan motor x??...aku pun jawabla x kisah pun kerja kat mana2x..( ayat poyo kan)..hahaha..take care jugak la dia, siap tanya subjek apa yang aku ambil dulu, pointer brape? siap nasihat lagi kat aku, nnti apply la SPA bahagian mcm saya ni, dulu pun semasa saya duk kat jabatan perangkaan ade jugak budak ekonomi kerja kat sana....dalam hati ku, in sya allah kalu ade rezeki,... selalu jugak la borak pasal uum, rindu betul dia kat uum...hahaha..kadang-kadang dia bagi idea ayat untuk aku letakkan dalam buku log..hahha... sabar je la...dalam sehari mesti ade la benda baru yang dia ajar...tu syokkkk walaupun byk kerja.. ada sekali tu dia suruh wak cover power point, kalu menarik dia akan ambil untuk diletakkan dalam slide..bertujuan untuk tengok aku kreatif ke x...alhamdullillah dia ambil jugak gambar aku tu, aku  terlihat masa dia suruh susun laporan bank data kemiskinan....ptt macam kenal je gmbr tu...hikhik...gembira sekejap...kahkah

Sekarang ni aku diberi tugas khusus untuk analisis kejayaan projek peningkatan ekonomi... bereh2x...penyeliaku nak aku sumbang something untuk pejabat ni..in sya allah...akan ku usaha kan..chayokkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!












Jumaat, 26 Julai 2013

berpraktikal...........

Dah lama tak update, berhabuk dah blog....Biasa lah selagi tak ade mood nak tulis jangan harap la nk merepek-repek dalam blog ni...Xade idea la katakan. 15 julai baru ni dah start praktikal.. Ya Allah, berdebar-debar sebelum bermulanya praktikal...Yela xde pengalaman langsung kerja, apatah lagi nak masuk pejabat..Fuhhhhhh... Dahla xde geng, bayangkan la mcm mana...Tapi oleh kerana excited nk rasa pengalaman kerja, ku sanggup harungi jua..cewahhhhhhhhhhhhh...haha

First hari kena lapor diri, dup dap la,. Biase la, hari pertama bukan ada kerja pun nak buat...duduk la diam2x kat meja, sambil ngadap pc,..Nak buka FB x boleh, sbbnya kita kene jaga imej kita sebagai student UUM, kena la serius waktu praktikal ni...Nak main FB kat rumah pun boleh, betul x??hahahah..Tengah duk relax2x datangla kakak comel, nama dia Salwani...dia datang sambil tanya ade kerja dok???nak mintak tolong boleh??? aku ape lagi, suke la, tgh puas, mmg syok la ade kerja..aku pun tolong la dia...Dapatla geng sorang..hehehe..Suka2x.... jadi kamcing la...esokkan aku dapat memo kene ditukar ke seksyen pembasmian kemiskinan, jadi berpindahla aku kat meja belakang...huhu...kesian dia, aku dah xdpt nk tolong dia, ye la duk kat office tapi payah nk jumpa, biase la sibukkkk..(koya) hahahaa... tp boleh pulak dia kate aku cuti sbb dia x nmpk aku sehari tu,...last skali dia mintak nombor tel, jadi senang la contact....poyo je...hahaha..jadi hobi dia mgacau aku kat wasup..haha, siap suh aku download aplikasi line, katanya animasinya comel2x, sdp la nak kacau bila ade aplikasi line....nakal la orang zaman sekarang..susah nak cari geng kat pejabat sbbnya kebanyakkan staff2x pejabat dah berumur.

dekat semggu berpraktikal, aku pun berkenalan pulak dengan sorang lagi, nama dia pija..dia la yang selalu bw aku gi tgk projek , pastu pergi banci untuk mendapatkan maklumat orang yang miskin, jadi bolehla kita tolong apa2x yang patut, nama pun seksyen membasmi kemiskinan..hahaha... cukup 2 mggu, kak pija n kak salwani dah ajar aku jadi budak praktikal yang nakal, siap bw aku jalan2x waktu pejabat..sabar je la...tu baru bulan pose, x tau la lps raya nanti mcm mn la gayanya...hahaha

apepun pengalaman kerja tu best...kita dididik macam mana nk berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dari kita, belajar sesuatu yang baru, dan mengaplikasikan daripada teori kepada praktikal...itu yang penting..praktikal ni sebagai persediaan ke alam pekerjaan yang lebih mencabar...

semoga aku terus diberi kekuatan untuk berbakti dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat sepanjang 4 bulan aku berpraktikal ni...misiku adalah untuk membasmi kemiskinan di negeri terengganu..wakakakakaka...

daaaaaaaaaaaaaaaa.....publish..hahahhaa


Isnin, 25 Februari 2013

layak kah aku???

Lain macam pulak tajuk entry aku kali ni...hahaha...Bukan ape, ade je peristiwa yang tidak disangka berlaku sejak berada di UUM ni...Dulu waktu sekolah bukan jenis aktif pun,aktif pun dalam bidang sukan itupun mewakili sekolah dalam sukan kegemaran aku, tak lain tak bukan sukan badminton..hehehe dan pemain kegemaranku ialah Taufiq Hidayat dari Indonesia..gantang lol...hahaha. Berbalik kepada tajuk entry diatas,hikhik.. Sebenarnya aku ni x minat pun dalam bidang kepimpinan apa lagi memegang apa-apa jawatan dalam persatuan atau kelab, pegang jawatan pun waktu tingkatan 6 jadi setiausaha kelab sejarah..hahah..skema kan aku..Jadinya bila duk u ni just suka join aktiviti je la kalu boleh sebagai peserta pun dh kira aktif la...kumpul sira banyak-banyak..

Bermulanya sewaktu sem 2 tiba-tiba namaku antara salah seorang majlis tertinggi biro kerohanian iaitu sebagai bendahari..terkejut jugak masa tu..ye la takut jugak sebab aku merasa aku ni tiada sifat pemimpin pun, jadi takut untuk menerima sebarang tanggungjawab. Pernah sekali aku diteguri oleh kakak senior kerana tidak berani mengetuai solat berjemaah.Sentap jugak r mase tu sebabnya aku tidak x bersedia dan semuanya berlaku tanpa dirancang..cewahhh..puitis ayat,.namun aku cuba mempelajari sedikit demi sedikit untuk mengetuai sesuatu perkara.memang diakui apabila kita pegang sesuatu jawatan kita rase terbeban sebab kita sedar yang kita ade tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Namun disebalik rasa beban tu terselit pengalaman yang mungkin kita tidak dapat lupakan dan tidak boleh diperolehi pada waktu akan datang.

Al kisahnya, semalam ada perjumpaan dengan pengetua baru, majlis tu bertujuan untuk memperkenalkan JKPS baru, dan pemilihan ketua untuk setiap blok.lepas hbs meeting, kitaorang pun ramai-ramai pergi ke mall beli barang laptop guna baucer..heheh..best..enjoy tanpa ada masalah..3 benda aku beli iaitu hard disk,speaker n earphone.nak dijadikan cerita, kul 12 mlm tadi aku terima kol daripada setiausaha jkps yang menyatakan aku ni dipilih sebagai RA blok d...sedangkan aku duk bilik blok c,banyak jugak la alasan aku bagi aku ni duk blok c, xade kereta dan sebagainya. bila hati xnak jadi mcm-mcm la alasan timbul. Untuk memegang jawatan RA aku rasa berat juga tanggungjawab dan x yakin untuk menggalas tanggungjwb tersebut. mungkin sesetengah orang akan kata yang aku ni jenis tak berani memikul tanggungjawab tp mmg betul pun..sebabnya dalam hatiku selalu berkata "layak kah aku ni"..sedihkan nada aku..pagi tadi ade camp untuk RA dan ketua blok,demi menjaga nama baik BSN dan pengetua aku gagahi jugak pergi taklimat tersebut. dan untuk sesi petang ni aku ponteng..wkakakakakak...bukan sengaja tau tapi sebenarnya aku dah janji nk pergi jitra dengan kawan-kawan...janji kena ditepati..tak ke gitu???(biar malas pun nk gi taklimat tu)

Sekarang ni dalam usaha untuk mencalonkan orang lain untuk menjadi RA blok d...Harap sangat ada calon yang lebih sesuai untuk memegang jawatan ni. Aku ni dah la kecik nak jaga satu blok memang x larat la..hahaha...dan ada satu lagi sebab aku xmau jadi RA, sebabnya kene pindah bilik,penat la,sem lps pun dah banyak kali tukar bilik,kali ni biarla aku duk bilik diam-diam. Tak sanggup nak ajak romate baru i iaitu finah angkat barang dan berpindah bilik jadi aku buat keputusan supaya tidak akan menjadi RA blok d..Semoga RA blok d yang bakal dilantik dapat menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik....

mood : nak enjoy puas-puas utk last sem tanpa sebarang komitmen..please!!!hehehe


Rabu, 13 Februari 2013

syukur alhamdullilah......

Ermmmmm...... Sekejap je rase sebulan berada di rumah..Esok dah nak balik uum dah.. Masuk sem ni dah sem 6 dah..In sha Allah sem ni dah sem last..Amiiinn..Makin lama makin banyak kenangan sepanjang pengajian di uum..Rase sayang nk tinggal bumi sintok yang aman damai,sunyi dan bebas dari sebarang pencemaran...hahaha tetiba la pulak jadi seseorang yang cinta akan alam sekitar..hahaha. Sekali skala apa salahnya.

alhamdulillah result sem 5 pun diketahui. syukur alhamdullilah result terbaik sepanjang pengajian di uum. Kita hanya berusaha selebihnya tawakal setelah berusaha. Itu yang penting kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan jgn sedih jika kita dah berusaha tetapi masih belum dikurniakan rezeki. Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing.Apabila kita memperoleh apa jua gred subjek x kira la A ke B  dan seterusnya terima la seadanya kerana apa yang kita peroleh itu yang terbaik untuk kita buat masa ini. Bila sebut je perkataan berusaha tiba-tiba teringat kata-kata lec teori wang...lec cakap macam ni r "kamu sebagai pelajar jalankan tanggungjawab sebagai pelajar sehabis baik jangan selalu fikir perkara yang remeh temeh dan kamu semua adalah harapan mak ayah jadi kamu mesti usaha keras untuk memperoleh kejayaan". Tidak sia-sia lec tidak mengajar kelas terakhir kerana beliau lebih memilih untuk meningkatkan motivasi pelajarnya daripada mengajar tetapi tiada kesedaran untuk memperoleh kejayaan. Semestinya kawan-kawan sekelasku berusaha bersungguh-sungguh untuk semua subjek terutamanya subjek teori wang yang bagi aku subjek yang paling susah berbanding subjek lain. mungkin kerana ramai fail subjek tu untuk sem-sem lepas, jadi agak takut menghadapi subjek tu..syukur akhirnya subjek tu lulus walaupun tidak dapat skor dengan baik...hehehe.

Kita selalu dengar orang cakap bila kita menyampaikan ilmu kepada orang lain walaupun sedikit, ilmu kita tak akan berkurang pun bahkan makin bertambah. sbbnya ilmu ni bukan sejenis makanan di mana apabila kita memberi makanan kat orang lain kita dapat makan sikit dari apa yang sepatutnya tetapi kalau ilmu jika kita manfaatkan ia sebetulnya dan tidak kedekut ilmu, ilmu itu akan makin bertambah tanpa kita sedari. Jika ikhlas menyampaikan ilmu kepada orang yang dikehendaki, Allah akan memudahkan urusan kita sama ada memudahkan kita menjawab soalan atau waktu lec memeriksa kertas kita beliau dalam keadaan yang mood ok ke dan akhirnya tidak kedekut memberi markah extra..

ada kisah di sebalik cerita tersebut. masa aku sem 4 dan seniorku sem 5. seniorku bukan sama kos denganku tetapi ade subjek ekonomi yang perlu diambil sebelum menghabiskan pengajiannya. Oleh itu senior ada la sesekali datang kat bilikku untuk bertanya soalan mengenai subjek tersebut. Sebenarnya agar sukar untuk menjelaskan kpd seseorang tentang subjek yang aku belum ambil lagi, namun aku cuba menjelaskan semampu yang boleh. Berkat usaha gigihnya akhirnya seniorku memperoleh gred yang baik dalam subjek tersebut dan seniorku mengucapkan terima kasih kerana menolong memberi tunjuk ajar tentang subjek tu, tetapi pada masa yang sama aku merasa bahawa aku hanya memberi sedikit je tunjuk ajar dan apa yang dia dapat sebenarnya hasil usaha kerasnya untuk memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan.

sem 5 aku pun ambil subjek tu, nak jadikan cerita, aku merasakan aku mudah memahami subjek tu sedangkan masa yang diperuntukkan untuk study subjek tu amatla sedikit sebagai persediaan menghadapi soalan mid term. Kemudian soalan final exam subjek tu bagi pendapatku agar sukar la namun aku berdoa agar diberikan ketenangan untuk menjawab soalan tersebut. Ada satu peristiwa di mana sewaktu last-last minit sebelum tamat tempoh menjawab aku tidak dapat jawab soalan 10 markah jadinya aku pun buke kalkulator bukan untuk check pengiraan tetapi untuk mengira markah untuk lulus subjek tu..lawak rase..hahaha... aku dah usaha dan  seterusnya hanya tawakal  kepada Allah. Apa yang mengejutkan aku apabila result sem 5 dikeluarkan subjek tu aku memperoleh A-.. Agak terkejut sbb aku merasakan aku x berhak memperoleh gred tersebut. Namun aku percaya Allah permudahkan urusanku. Terdetik dalam hatiku aku hanya memberi tunjuk ajar yang sedikit kepada orang lain tetapi Allah telah membalasnya dengan memberiku gred yang dikira baik bagiku... syukur alhamdullilah...

==> setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...walaupun sem 5 ni boleh dikatakan macam-macam peristiwa  berlaku tetapi percaya la Allah sentiasa menolong hambaNya......



Selasa, 8 Januari 2013

si comel asraf solat maghrib...terkekek2x nak ambil video ni tahan gelak...dahla ambil video curi2x...hahahaha
semoga terus istiqamah yep asraf danial...amin...

Ahad, 16 Disember 2012

gelagat pensyarah menamatkan kuliahnya...

assalamulaikum........

tajuk entry kali ni agak kelakar....Tetiba pulak nak cakap pasal gelagat lec...ade benda la leh kongsi,aku kan memang suke bab2x tgk gelagat orang, pastu mula la, sengih sorang2x bila igt kembali peristiwa...sem ni aku agak nakal , kawan2x dah mula panggil aku budak nakal sbb aku selalu kacau diorang nak2x lagi kalu diaorang tgh present...jahat kan aku ni...ala, x gurau bila nak mesra, x enjoy la kalu asyik skema je..kan2x..hahhaah...aik, macam dah lari tajuk je ni...ok la berbalik kepada tajuk entri kali ni, sayu je tgk gelagat lec bila beliau nak hbskan kuliah, mcm2x gelagat la...ade yang dulunya skema je, tp bila dah last kuliah lec dah mula wak lawak, pastu gelak puas2x...ade lec yang meleter dari start kelas sampai hbs kelas, n semestinya lec bagi ucapan gud luck untuk student2xnye.....yang bg ucapan itu semestinya normal je, selalu terjadi.... boleh dikatakan semua lec la akan bg ucapan maju jaya dan semoga dapat jwb exam dengan baik....tipppppppppppssss????? no way....mujur sgt lec nak bg,...hahhahaha....

alkisah cerita mengenai lec yang dulu skema, tp last kelas mula buat lawak, n gelak puas2x... majoriti ambil major pmbgnn geng2x bsn la...kitaorang ni mmg dah kenal sgt la dgn lec eko wilayah ni..ye la sblm ambil subjek ni,,,kitaorang dapat lec yang same dulunya mengajar penilaian projek n ekonomi perancangan..mase sem lps, nmpk mcm kekok la,ye la setiap sem kan asyik bertukar lec, jadi x sempat nk beramah mesra...tp oleh kerana beliau cerewet bab2x tugasan kumpulan,kitaorang mmg selalu la pegi bilik dia,tye mcm2x,sblm hntr asemen kene tunjuk tajuk dulu,,lps tajuk diterima,kena hntr draf,lps dia komen draf baru boleh hntr asemen yang complete..beliau pun masuk kelas, ngajar straight je, xde nk wak lawak2x....tp bila sem ni beliau mengajar pulak eko wilayah yang majoriti student beliau sem lps, beliau dah mula2x santai skit time ngajar, tapi untuk buat lawak,,agak tidah mahir lagi la..hahahahaha..

tp semalam beliau hbskan kuliah dengan lawak2x yang boleh buat kita ketawa berdekah2x...beliau siap buat gaya n sound track lagi..fuhhh,,bersungguh-sungguh buat lawak...kawan aku siti, slame ni x fokus mane tgk beliau ngajar pun tiba-tiba leh fokus n siap conteng kat kertas, "lec try make the joke" lawak siti ni..hahaha...terpegun tgk lec buat lawak sampai tertulis kat kertas....sabo je la...tp kitaorg tetiba lak sayu, sem depan beliau dah x ngajar dah kitaorang sbb kitaorang dah hbs ambil semua subjek untuk major eko pembgnn....sedih2x.....it's okay yg penting mesti terserempak dengan beliau kat lego sbb beliau selalu beli nasi lemak kat sana n aku selalu terserempak dengan beliau....sbbnye aku pun beli mknn kat situ, confirm bertembung punya..hahahahah

kisah sebaliknya berlaku waktu kelas teori wang,,,lec meleter dari awal sampai hbs kelas...sedih kot....yela, beliau br hbs marking paper midterm group a n keptusan amat mendukacitakan,..tp untuk group kitaorang beliau x marking pun lagi, tapi dah teruk kene meleter....insaf kot....beliau bgth group a hanya 2 org je lulus, 40 lebih fail....mmg patut pun kene marah....semua orang muke sedih je...tanda insaf lps kitaorg kene meleter mlm tu terus buat study group untuk subjek teori wang,,,,,,ish, x leh wak main2x kot....selagi boleh usaha.kita kene usaha untuk melepaskan diri dari repeat paper tu, study hard mmg diperlukan sgt2x...walaubagaimanapun kita usaha, berdoa n selebihnya kita tawakal kepada Allah semoga dipermudahkan. amiiin.....

itula cerita serba sedikit apa yang berlaku minggu last kuliah untuk sem 5.....yeayyyyyyyyyyyyyyy......sekejap je rase dah nak hbs bljr dah..hehehehehhe...i luv uum..kahkahkah....daaaaaaaaaaaaaaa