Isnin, 25 Februari 2013

layak kah aku???

Lain macam pulak tajuk entry aku kali ni...hahaha...Bukan ape, ade je peristiwa yang tidak disangka berlaku sejak berada di UUM ni...Dulu waktu sekolah bukan jenis aktif pun,aktif pun dalam bidang sukan itupun mewakili sekolah dalam sukan kegemaran aku, tak lain tak bukan sukan badminton..hehehe dan pemain kegemaranku ialah Taufiq Hidayat dari Indonesia..gantang lol...hahaha. Berbalik kepada tajuk entry diatas,hikhik.. Sebenarnya aku ni x minat pun dalam bidang kepimpinan apa lagi memegang apa-apa jawatan dalam persatuan atau kelab, pegang jawatan pun waktu tingkatan 6 jadi setiausaha kelab sejarah..hahah..skema kan aku..Jadinya bila duk u ni just suka join aktiviti je la kalu boleh sebagai peserta pun dh kira aktif la...kumpul sira banyak-banyak..

Bermulanya sewaktu sem 2 tiba-tiba namaku antara salah seorang majlis tertinggi biro kerohanian iaitu sebagai bendahari..terkejut jugak masa tu..ye la takut jugak sebab aku merasa aku ni tiada sifat pemimpin pun, jadi takut untuk menerima sebarang tanggungjawab. Pernah sekali aku diteguri oleh kakak senior kerana tidak berani mengetuai solat berjemaah.Sentap jugak r mase tu sebabnya aku tidak x bersedia dan semuanya berlaku tanpa dirancang..cewahhh..puitis ayat,.namun aku cuba mempelajari sedikit demi sedikit untuk mengetuai sesuatu perkara.memang diakui apabila kita pegang sesuatu jawatan kita rase terbeban sebab kita sedar yang kita ade tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Namun disebalik rasa beban tu terselit pengalaman yang mungkin kita tidak dapat lupakan dan tidak boleh diperolehi pada waktu akan datang.

Al kisahnya, semalam ada perjumpaan dengan pengetua baru, majlis tu bertujuan untuk memperkenalkan JKPS baru, dan pemilihan ketua untuk setiap blok.lepas hbs meeting, kitaorang pun ramai-ramai pergi ke mall beli barang laptop guna baucer..heheh..best..enjoy tanpa ada masalah..3 benda aku beli iaitu hard disk,speaker n earphone.nak dijadikan cerita, kul 12 mlm tadi aku terima kol daripada setiausaha jkps yang menyatakan aku ni dipilih sebagai RA blok d...sedangkan aku duk bilik blok c,banyak jugak la alasan aku bagi aku ni duk blok c, xade kereta dan sebagainya. bila hati xnak jadi mcm-mcm la alasan timbul. Untuk memegang jawatan RA aku rasa berat juga tanggungjawab dan x yakin untuk menggalas tanggungjwb tersebut. mungkin sesetengah orang akan kata yang aku ni jenis tak berani memikul tanggungjawab tp mmg betul pun..sebabnya dalam hatiku selalu berkata "layak kah aku ni"..sedihkan nada aku..pagi tadi ade camp untuk RA dan ketua blok,demi menjaga nama baik BSN dan pengetua aku gagahi jugak pergi taklimat tersebut. dan untuk sesi petang ni aku ponteng..wkakakakakak...bukan sengaja tau tapi sebenarnya aku dah janji nk pergi jitra dengan kawan-kawan...janji kena ditepati..tak ke gitu???(biar malas pun nk gi taklimat tu)

Sekarang ni dalam usaha untuk mencalonkan orang lain untuk menjadi RA blok d...Harap sangat ada calon yang lebih sesuai untuk memegang jawatan ni. Aku ni dah la kecik nak jaga satu blok memang x larat la..hahaha...dan ada satu lagi sebab aku xmau jadi RA, sebabnya kene pindah bilik,penat la,sem lps pun dah banyak kali tukar bilik,kali ni biarla aku duk bilik diam-diam. Tak sanggup nak ajak romate baru i iaitu finah angkat barang dan berpindah bilik jadi aku buat keputusan supaya tidak akan menjadi RA blok d..Semoga RA blok d yang bakal dilantik dapat menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik....

mood : nak enjoy puas-puas utk last sem tanpa sebarang komitmen..please!!!hehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan